Blog ini dikhususkan
untuk berkongsi kisah-kisah hidup dalam keluarga berpoligami. Kisah-kisah ini adalah
pengalaman sebenar narasumber-narasumber yang telah ditemubual untuk satu
projek penyelidikan tentang kesan-kesan poligami ke atas kehidupan berkeluarga
di Malaysia.
Walaubagaimanapun, identiti sebenar mereka telah dilindungi demi menjaga
privasi mereka.
Kehidupan bermadu
tidaklah seindah yang diharapkan atau diceritakan di dalam cerpen, novel dan laporan
akhbar-akhbar arus-perdana. Analisa awal kami mendapati kebanyakan isteri-isteri
pertama dan anak-anak dari keluarga berpoligami mengalami kesan emosi yang berat.
Bukan sahaja masa yang diluangkan bersama ahli keluarga dan duit belanja harian
semakin berkurang, malah aturan giliran bermalam juga tidak dituruti.
Kami berharap, melalui
blog ini juga anda boleh bertukar-tukar fikiran, saranan dan mendapat sokongan
yang diperlukan dari teman-teman baru. Para
pembaca juga boleh berkongsi pengalaman-pengalaman anda dengan menghantar
kisah-kisah anda ke realitipoligami@gmail.com.
Anda boleh menghantar kisah
anda di dalam bahasa Inggeris juga.
Kami cuba untuk
tidak menapis isi kandungan, komen dan ulasan-ulasan pembaca tetapi kami tetap
akan memantau dan memadam komen-komen dan isi kandungan yang didapati menghina,
menyentuh sensitiviti dan menimbulkan rasa kurang selesa kepada penulis dan
pembaca sekalian.
0 comments:
Post a Comment